Saturday, March 29, 2008

Ketekunan + Keazaman=Kejayaan

Salam sejahtera. Berjumpa kita ni.

Semalam saya berjumpa dengan rakan seorang rakan usahawan yang berniaga runcit. Keadaannya kelihatan kurang senang. Beliau memberitahu bahawa dia perlukan semangat untuk meneruskan kerja hariannya iaitu berniaga. Dari penerangan itu saya sangat faham dengan keadaannya dan tahu apa yang perlu saya buat kepadanya.

Kami pun terus berbual bual dan sekali pun tidak membincangkan masalah yang dihadapinya. Malah kami berbual mengenai kisah kisah yang sangat tidak bersangkutan dengan perniagaan.

Apa yang ingin saya kongsikan mengenai kisah ini adalah seseorang usahawan akan menghadapi pelbagai cabaran, dugaan dan halangan yang mesti ditempuhi. Maka setiap tempoh yang dilalui bukanlah waktu yang bahagia selalu. Sering kali usahawan akan mengalami keadaan ini di mana terkala kita patah semangat dan tidak berdaya untuk berjuang. Di kala kita hilang semangat maka kita perlu seseorang sebagai sumber untuk memulihkan semangat. Kekuatan perlu di bina semula, semangat mesti dipulihkan dan strategi perlu dirancang untuk mengharungi halangan yang boleh membantutkan pencapaian matlamat. Musuh yang paling kuat adalah di dalam diri seseorang.

Jika perkara seperti ini berlaku, yang harus dilakukan oleh usahawan tersebut adalah meninggalkan seketika perkara atau kerja yang dilakukan. Cuba luangkan masa dengan aktiviti seperti beriadah, mengikuti kursus, atau sebagainya. Ini akan memberikan satu rehat kepada minda dan meningkatkan kecergasan badan. Ini sangat penting untuk sesiapa sahaja. Mengembalikan semangat dan keazaman perlu agar sentiasa dalam keadaan membara dan berkobar kobar. Momentum kerja tidak seharusnya dikurangkan terus dan semangat rajin mesti sentiasa ditanam dan disiram dengan resepi ketekunan. Oleh yang demikian jangan terlalu mengambil rehat yang lama memadai untuk seketika saja. Ini kerana jika terlalu lama seseorang akan menjadi malas. Kerja kuat dan tekun akan menjadi kita bertenaga, kuat dan bersemangat. Semoga anda usahawan terus melangkah dan terus melangkah kerana kejayaan adalah seperti pendakian dan puncak adalah kenikmatan setelah kesusahan ditempuhi sepanjang pendakian.

No comments: