Saturday, March 29, 2008

Ketekunan + Keazaman=Kejayaan

Salam sejahtera. Berjumpa kita ni.

Semalam saya berjumpa dengan rakan seorang rakan usahawan yang berniaga runcit. Keadaannya kelihatan kurang senang. Beliau memberitahu bahawa dia perlukan semangat untuk meneruskan kerja hariannya iaitu berniaga. Dari penerangan itu saya sangat faham dengan keadaannya dan tahu apa yang perlu saya buat kepadanya.

Kami pun terus berbual bual dan sekali pun tidak membincangkan masalah yang dihadapinya. Malah kami berbual mengenai kisah kisah yang sangat tidak bersangkutan dengan perniagaan.

Apa yang ingin saya kongsikan mengenai kisah ini adalah seseorang usahawan akan menghadapi pelbagai cabaran, dugaan dan halangan yang mesti ditempuhi. Maka setiap tempoh yang dilalui bukanlah waktu yang bahagia selalu. Sering kali usahawan akan mengalami keadaan ini di mana terkala kita patah semangat dan tidak berdaya untuk berjuang. Di kala kita hilang semangat maka kita perlu seseorang sebagai sumber untuk memulihkan semangat. Kekuatan perlu di bina semula, semangat mesti dipulihkan dan strategi perlu dirancang untuk mengharungi halangan yang boleh membantutkan pencapaian matlamat. Musuh yang paling kuat adalah di dalam diri seseorang.

Jika perkara seperti ini berlaku, yang harus dilakukan oleh usahawan tersebut adalah meninggalkan seketika perkara atau kerja yang dilakukan. Cuba luangkan masa dengan aktiviti seperti beriadah, mengikuti kursus, atau sebagainya. Ini akan memberikan satu rehat kepada minda dan meningkatkan kecergasan badan. Ini sangat penting untuk sesiapa sahaja. Mengembalikan semangat dan keazaman perlu agar sentiasa dalam keadaan membara dan berkobar kobar. Momentum kerja tidak seharusnya dikurangkan terus dan semangat rajin mesti sentiasa ditanam dan disiram dengan resepi ketekunan. Oleh yang demikian jangan terlalu mengambil rehat yang lama memadai untuk seketika saja. Ini kerana jika terlalu lama seseorang akan menjadi malas. Kerja kuat dan tekun akan menjadi kita bertenaga, kuat dan bersemangat. Semoga anda usahawan terus melangkah dan terus melangkah kerana kejayaan adalah seperti pendakian dan puncak adalah kenikmatan setelah kesusahan ditempuhi sepanjang pendakian.

Tuesday, March 25, 2008

Keusahawanan Kerjaya Pilihan

Salam sejahtera.. Secara ringkas, kemunculan ini adalah sebagai penghargaan kepada usahawan baru yang ada di Malaysia khususnya. Blog ini dijelmakan khas kepada individu yang bercadang untuk menjadi usahawan atau yang sudah menjadi usahawan atau usahawan muda.
Apa apa pun jenis perusahaan yang dijalankan samada di dalam internet, kedai kecil, pertanian, pembuatan, kontraktor atau sebagainya kita mengalukan anda.
Blog ini juga sebagai medium untuk pertemuan usahawan yang baru berjinak jinak dalam keusahawanan. Ia juga sebagai medan unutk berkongsi pengalaman selama bergelar usahawan.
Memulakan perniagaan adalah impian setiap orang kerana melalui perniagaan seseorang mampu untuk mengecapi kejayaan, kekayaan, kebebasan masa, dan berpeluang untuk menjadi individu yang dihormati di dalam masyarakat.
Tidak ada kelayakan yang tertentu untuk menjadi seorang usahawan. Maka setiap orang adalah layak menjadi usahawan dengan beberapa peraturan yang mesti dipatuhi .
Maka blog ini akan berkongsi maklumat maklumat berkaitan keusahawanan kepada anda. Sumber maklumat ini adalah hasil dari pembacaan buku buku, pengalaman sendiri, pengalaman rakan rakan, dan juga pemerhatian serta penyelidikan .
Sebelum memulakan perniagaan anda haruslah mencari seberapa banyak ilmu, maklumat yang berguna unutk memulakan perniagaan anda. Disini anda dapat memperolehi maklumat, berkongsi maklumat, ilmu ilmu dan tip tip yang perlu ada untuk menempuhi dunia keusahawanan yang sangat mencabar ini. Jika diizinkan setiap hari anda akan memperolehi maklumat terkini untuk anda semua.
Blog ini akan merungkap satu persatu bagaimana hendak memulakan perniagaan, persediaan dan cabaran yang akan dihadapi unutk bergelar usahawan.
Tidak kira anda sudah berniaga atau baru bercadang cadang unutk memulakan perniagaan.
Saya mengalu alukan sebarang pendapat daripada semua pengunjung blog ini.
Semuga saya sentiasa diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini untuk tatapan pengunjung semua. Sehingga berjumpa lagi.